Sunday 22 May 2011

tanah runtuh .


Apa Itu Tanah Runtuh?
Tanah runtuh merupakan salah satu tragedi yang berkaitan dengan kegelongsoran tanah dan boleh menyebabkan kematian.
Tanah runtuh merupakan kejadian geologi yang termasuk sebahagian besar pergerakan tanah, seperti batu jatuh, kegagalan dalam cerun, dan aliran sampah cetek, lihat aliran. Walaupun graviti bertindak pada cerun curam merupakan punca utama tanah runtuh, terdapat faktor tambahan lain:
  • hakisan oleh sungai, glasier, atau ombak laut yang menghasilkan cerun curam

  • cerun batu atau tanah yang lemah akibat tepu oleh cairan salji atau hujan lebat

  • gempa bumi yang menghasilkan ketegangan yang menyebabkan cerun lemah runtuh (lihat pencairan (liquefaction)

  • letusan gunung berapi menghasilkan mendakan abu, hujan lebat, dan aliran sampah.

  • gegaran dari mesin, trafik, bahan letupan, malah guruh mungkin mencetuskan keruntuhan cerun lemah.

  • berat melampau yang terhasil dari pengumpulan hujan atau salji, timbunan batu atau bijih, daripada timbunan sampah, atau struktur binaan manusia yang memberi tekanan kepada cerun lemah hingga runtuh dan struktur lain

  • tekanan air bawah tanah bertindak menjadikan cerun tidak stabil
    pada tanah cetek, penebangan tumbuhan berakar dalam yang mengikat colluvium kepada batu asas.

  • Bahan di cerun yang menjadi tepu dengan air boleh membentuk aliran sampah atau aliran lumpur. Campuran pekat batu dan lumpur mungkin menghanyutkan pokok, rumah, dan kereta, dengan itu menghalang jambatan dan aliran sungai menyebabkan banjir sepanjang laluannya.
    Samajuga, air batu floes boleh terbentuk dalam sungai yang tersumbat dengan air batu, tetapi mengalir lebih perlahan. Walaubagaimanapun, ia mampu menghasilkan tenaga yang mencukupi bagi meruntuhkan jambatan.
    Kejadian Tanah Runtuh Di Kuala Lumpur Berulang Lagi
    KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) — Menyaksikan pasukan penyelamat menggali timbunan tanah cuba mencari mangsa yang mungkin terselamat dalam runtuhan tanah yang menimbus sekurang-kurangnya 14 banglo di Bukit Antarabangsa di sini sama seperti melihat tayangan semula tragedi Highlands Tower berdekatan hampir genap 15 tahun lalu.
    Jentera pengorek terpaksa bergerak perlahan dan hati-hati kerana khuatirkan berlaku lagi tanah runtuh ketika jentera itu mengorek timbunan tanah dari satu lagi tragedi runtuhan, juga pada kawasan lereng bukit di pinggir ibu kota.
    Pada 11 Dis 1993, seperti hari ini yang juga Sabtu, satu blok kondominium di projek Highlands Tower tumbang seperti susunan kad, menimbusi 48 orang hidup-hidup.
    Tragedi itu adalah satu ingatan tegas dan pembuka mata tentang bahaya pembangunan perumahan di lereng bukit di sekitar Lembah Klang, kawasan kediaman paling sesak, dan tempat kediaman golongan kaya dan terkenal.
    Banyak risalah dihasilkan yang selalunya menuding jari kepada pihak mana harus dipersalahkan, tetapi apa yang jelas tidak ada orang yang belajar dari tragedi seumpama itu.
    Setakat ini, hanya empat mayat telah dapat dikeluarkan dari timbunan dengan kira-kira 93 orang dilaporkan terselamat.
    Belumpun memori Highlands Tower lenyap dari ingatan kita, satu lagi kejadian tanah runtuh awal pagi di Taman Hillview juga berhampirakan tempat tragedi hari ini, menimbusi rumah bekas Panglima Angkatan Tentera Jen. (B) Tan Sri Ismail Omar pada 21 Nov 2002, mengorbankan enam anggota keluarga termasuk isterinya dan dua pembantu rumah Indonesia.
    Pihak berkuasa telah mengeluarkan pelbagai jenis garis panduan dan undang-undang mengenai pembangunan lereng bukit tetapi jelas kita masih jauh dari melihat yang terakhir, terutama di Selangor di mana bukit-bukit yang indah satu ketika dulu, ditarah dan digondolkan, kadangkala bebas dari menghadapi sebarang hukuman.
    Walaupun pembangunan lereng bukit pada tahap kecuraman tertentu dibenarkan, persoalannya siapa yang akan menguatkuasakan ini, dan jikapun dikuatkuasakan sejauh mana ia berkesan?




    20 Anak Yatim Tertimbus Runtuhan Tanah Di Hulu Langat

     

    Kira-kira 20 kanak-kanak dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di RumahAnak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal di Hulu Langat semalam.
    Lapan daripada mereka telah dikeluarkan daripada runtuhan itu oleh pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).3 orang daripada mereka meninggal dunia dan dihantar ke Hospital Ampang untuk bedah siasat manakala tujuh lagi yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan.
     
    Menurut sumber, kesemua kanak-kanak tersebut berada di Dewan Makan Sewaktu kejadian tanah runtuh berlaku.Setakat semalam, 7 orang berjaya diselamatkan, 3 terbunuh, 3 lagi sudah dibawa keluar oleh pasukan penyelamat. Nasib sebelas (11) lagi belum diketahui dan dipercayai masih terperangkap di bawah runtuhan.


    No comments:

    Post a Comment

    Note: only a member of this blog may post a comment.