Saturday 21 May 2011

beza antara fisabilillah dan konGsi Gelap .



Kita lihat pada 2 senario yang berbeza...

Pertama: Ahli fisabillillah yang bersumpah dgn kalimah Allah dan Al-quran sebagai saksi. Bermula di zaman Rasullullah s.a.w. Mempunyai undang2 dan peraturan khusus sbg seorang pejuang berlandaskan al-quran dan al-hadis. Misi dan visi perjuangan juga jelas -Agama, Bangsa dan Tanah Air.. Pergerakan bawah tanah.

Kedua: Ahli kongsi yang bersumpah dihadapan dewa bersaksikan langit dan darah mereka. Bermula pada tahun 1760 semasa dinasti Qing. Mempunyai 36 peraturan dan 21 perlembagaan yang wajib diikuti oleh setiap ahli. Misi dan visi perjuangan juga jelas - Bangsa, Kuasa dan Jajahan. Pergerakan bawah tanah.

Rujukan: Primitive Revolutionaries of China: A Study of Secret Societies in the Late Nineteenth Century oleh Fei-Ling Davis terbitan tahun 1971

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Yang jelas, kedua-duanya adalah satu perjuangan. Tentera Fisabillillah bersumpah menegakkan Islam, Tentera Merah bersumpah mengembalikan kegemilangan Shao-Lin mereka. Kedua-duanya juga mementingkan ikhwanul insan iaitu perhubungan sesama insan.

Isu yang nyata sekarang ialah sejauh kekuatan ahli berpegang pada sumpah yang dilafaz? Sekuat mana ruh ikrar yang diucapkan? Apa pencapaian kita berbanding mereka? Dimana letaknya nilai ukhwah apabila semakin ramai berpuak2? Mmmg kita boleh katakan setiap yg beragama islam itu bersaudara. Tetapi realitinya? Adakah kita tetap bersatuhati jika masing2 masih berbangga dan fanatikkan asal-usul sendiri dan mempertikaikan yg lain?

Saya dgn mudah boleh tunjukkan seratus ahli Fisabillillah yang telah bersumpah menjaga rahsia tetapi saya belum tentu boleh tunjukkan ahli kongsi yang sebenar2 ahli (saya tidak merujuk kepada mereka2 yg mendakwa kononnya merekalah ahli kongsi). Maksudnya disini,kerahsiaan perjuangan itu sudah tiada apabila pemimpin2 dgn mudah boleh digoogle.

Jika ada yang bertanya, sejauh mana kejayaan tentera Fisabilillah? Itu adalah satu soalan yg sukar bagi saya. Politik? itu mungkin... Ekonomi? Jauh sekali... Moral? Mungkin... Adakah kejayaan itu diukur mengikut bilangan ahli yang direkrut? kalau begitu, ramai yang telah berjaya.

Kalau digooglekan, Chinatown terdapat dimana2 diseluruh dunia. Mereka telah berjaya dlm perjuangan mereka meluaskan kuasa dan jajahan. Apa rahsianya? Wallahualam....

Namun,tidak semua ahli begitu. Dalam setandan mustahil semuanya gred A belaka... Siapa tahu, mungkin drpd senarai 20 orang terkaya di Malaysia, mereka adalah terdiri drpd ahli-ahli kongsi gelap?

Yang baik diikut, yang buruk ditinggalkan... mungkin sebab ini Rasullullah SAW menyuruh umatnya tuntutlah ilmu smpi ke China... Kalau nak suruh jadi doktor atau ahli matematik mahupun saudagar, rasanya tokoh2 Islam lagi advanced zaman dulu. Wallahualam Bissowab !!~

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.